Friday, January 7, 2011

Jatuh Cinta Pada Syria

Catatan kali ini, sekadar ingin berkongsi bagaimana dgn membaca tentang Syria ana telah jatuh cinta. Ramai teman-teman yang ingin dan seronok memperkatakan tentang Eropah, Paris dan Rom. Namun sejak kali pertama ke sini, ana terlalu ingin ke Syria, biarpun belum berkesempatan. Ana baca catatan perjalanan sahabat-sahabiah yang kesana, menambahkan lagi cinta ana pada bumi Syria. Syria@Syams adalah titik permulaan cahaya kenabian Rasulullah SAW diakui oleh pendeta Nasrani, Buhaira. Dari titik ini, ana gariskan lagi kenapa Syria bisa membuat ana jatuh cinta.

Syria terletak di timur Laut Mediterranean. Syria bersempadan dengan Turki di sebelah utara dan Palestin di sebelah barat. Syria juga bersempadan dengan Iraq di timur dan Jordan di selatan. Syria mencapai kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1946. Sama seperti Mesir, yang turut dijajah Perancis. Kesan jajahan Perancis dapat dilihat menerusi penyebaran agama Kristian, penggunaan bahasa Perancis sebagai bahasa kedua selepas bahasa Arab. Dan tak kurang juga hasil binaan dan budaya.

Namun, semua itu tidak menlenyapkan tamadun Islam di bumi Syria. Makam putera Nabi Adam, Habil yang dibunuh oleh Qabil terletak di bumi Syria. Ia adalah pembunuhan pertama yang dimuka bumi ini. Antara destinasi yang ingin saya kunjungi di Syria adalah Damsyik. Disini, terdapat makam Bilal Bin Rabah (muazzin pertama dalam sejarah Islam), Abdullah Ibn Jaafar, Muawiyah Ibn Abi Sufyan, Ummu Salamah, Ummu Habibah (isteri-isteri Nabi SAW), sebahagian dari imam 12 (Jaafar As-Sodiq, Ali Zainal Abidin dan Muhammad Al-Baqir) dan cucu cicit Nabi (Riqayyah dan Fatimah). Makam Salahuddin Al-Ayubi dan Nuruddin Zaki juga terdapat di bumi Damsyik. Tidak ketinggalan makam nabi Yahya.

Kemudian, ana ingin ke Aleppo, untuk ke Jami' Umawi menziarah makam Nabi Zakaria, lalu ke Jami' Karamah untk melihat yang dikatakan bekas tapak kaki Rasulullah SAW. Tidak ketinggalan untuk ke, Bimaristan Al Argouni iaitu sebuah Hospital zaman Islam yang beroperasi sejak zaman khilafah umayyah hingga akhir kurun ke-19. Dan ana tidak akan lepaskan peluang ke Homs untuk melawat Jami’ Khalid ibn Walid. Di situ terdapat makan Khalid ibn Walid dan Abdullah bin Umar. Di Homs juga, pusingan kincir air yang berusia ribuan tahun yang membekalkan sumber air bagi aktiviti pertanian. Sememangnya Syria merupakan bumi yang subur sejak dahulu lagi. Di sini terdapat pelbagai jenis tumbuhan misalnya pokok zaitun, tin, anggur, epal dan bermacam-macam lagi.

Tidak dilupakan Masjid Umawi yg terletak ditengah bandar Damsyik, menariknya di masjid itu, selain menempatkan pelbagai makam, ada empat menara yang salah satunya dinamakan Menara Isa. Menara Isa itu dikatakan menjadi tempat turunnya Nabi Isa as pada akhir zaman nanti. Selain menara, terdapat empat mimbar yang membawa maksud ada empat mazhab diamalkan di sini. Apabila bersembahyang, ada empat imam mengimamkan solat mengikut mazhab masing-masing sama ada Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi.

Lalu, destinasi pilihan adalah Bosra, yang mengambil masa empat jam perjalanan dari Damsyik, terletak bersempadan dengan Jordan. Di kiri kanan jalan dipenuhi deretan pokok zaitun serta padang pasir. Antara yang menarik ialah Colleseum, bangunan prasejarah yang masih berdiri megah meskipun sudah dibina 2000 sebelum Masihi.Ingin melawat madrasah Ibn Kathir serta Jami’ Al Umari yang dibina oleh Umar Al-Khattab serta melihat gereja Buhaira, pendeta yg mengenali kenabian Rasulullah SAW ketika baginda berniaga ke Syam.





No comments:

Post a Comment